Tentang Kami
Ar-Rahnu EMAS
Ar-Rahnu EMAS merupakan salah satu perkhidmatan unggul yang ditawarkan oleh Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSKMAS) bagi membantu anggota dan masyarakat mendapatkan penyelesaian kewangan dengan segera yang berlandaskan prinsip syariah. Dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi, kami menawarkan pembiayaan tunai segera melalui cagaran emas dengan proses yang mudah, selamat, dan tanpa unsur riba.
Sebagai koperasi yang telah beroperasi sejak 1974 (dahulu dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Pekerja-Pekerja MAS Malaysia Berhad), kami mempunyai pengalaman luas dalam memahami keperluan kewangan pelanggan. Melalui perkhidmatan Ar-Rahnu EMAS, kami berhasrat untuk membantu anggota koperasi dan masyarakat umum mencapai kestabilan kewangan dengan cara yang mudah dan patuh syariah.
Kenapa MEMILIH AR-RAHNU EMAS KSKMAS
Patuh Syariah
Proses Mudah dan Cepat
Selamat dan Dipercayai
Kadar Upah Simpan Berpatutan
Pembayaran Secara Online
JABATAN AR-RAHNU EMAS
Cawangan Elmina
Cawangan SIP, KLIA